Harap Maaf...Blog ini masih dalam pengemaskinian

Sejarah

|

Sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1963.Pada tahun itu ,penerimaan kemasukan pelajar khas hanyalah 13 orang(bermasalah pendengaran) ke Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung dibawah program integrasi.

Menjelang tahun 1987, kelas khas percantuman daripada Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong telah dipilih bersama-sama enam buah sekolah lain daripada seluruh Malaysia telah dijadikan Sekolah yang mempunyai pentadbirannya sendiri.

Sekolah tersebut yang diwujudkan pada 16 Julai 1987 dinamakan sebagai Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Sri Tanjong.Pada tahun tersebut sekolah ini mempunyai seramai 51 pelajar dan mempunyai 6 buah kelas.

Pada tahun 1991,Nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Sri Tanjong telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Pendidikan Khas Jalan Hutton,Pulau Pinang selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya perkataan "Khas" diselaraskan kegunaannya dan perkataan "Cacat" digugurkan .Pada tahun tersebut Sekolah ini mempunyai seramai 50 pelajar dan bilangan kelas adalah sebanyak 6 buah.

Pada tahun 2004,dibawah pentadbiran Guru Besar(En.Shahar bin Saad) telah berlaku satu perubahan besar yang mana pada tahun tersebut Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah buka sebanyak 2 buah.Lebih kurang 11 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Hutching telah ditempatkan di sini.

Bermula pada tahun 2004,murid-murid Bermasalah Pendengaran,tidak lagi di tempatkan di Sekolah ini.Pada tahun 2010,Kelas Khas Bermasalah Pendengaran tidak lagi wujud buat selamanya.

Pada tahun 2010,Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton akan menjadi sebuah Sekolah yang mempunyai Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran secara total.

Perkara ini masih belum lagi ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas.Sebaranag perubahan status sekolah ini akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Waallah hu A'lam...

0 Pandangan Anda?:

Post a Comment

Search

MOTTO SEKOLAH

BERHASRAT MAJU BERSAMA

PAUTAN KPM

PAUTAN INFO

INFO PENGUNJUNG

 

©2009 SKPK Sungai Petani Merbok Kedah | Template Blue by TNB