Harap Maaf...Blog ini masih dalam pengemaskinian

KEMUDAHAN DI SEKOLAH

|

SUDUT PENDIDIKAN

SUDUT PENDIDIKAN

DEWAN BESAR SEKOLAH(Pentas)

DEWAN BESAR SEKOLAH(Tempat Duduk)

PUSAT SUMBER SEKOLAH(Sisi Kiri)

PUSAT SUMBER SEKOLAH(Sisi Kanan)

BILIK AUDIOLOGI

BILIK AUDIOLOGI

BILIK AUDIOLOGI

BILIK KOMPUTER

BILIK KOMPUTER

BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING

BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING

BILIK GURU

BILIK GURU

BAS SEKOLAH

PONDOK ISTIREHAT

PONDOK ISTIREHAT

TEMPAT MENUNGGU

TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

PONDOK BACAAN








LATIHAN KEBAKARAN 2009

|














AKTIVITI P & P

|

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Pra-Sekolah(LD)

PIAGAM SEKOLAH

|

Kami, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang berikrar untuk :-

1)Berusaha berterusan untuk meninggikan mutu pendidikan masalah
pendengaran dan masalah pembelajaran (LD).

2)Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteklek,
rohani, emosi dan fizikal berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

3)Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar.

4)Mendidik dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

5)Memberi khidmat nasihat kepada pelajar, waris dan masyarakat.

6)Mewujudkan pembelajaran yang efektif sejajar dengan persekitaran
sekolah yang ceria.

MISI

|




VISI

|


PERSATUAN / KELAB

|

Kelab Komputer
: Encik Zulkifli bin Ahmad
: Puan Rosmawati binti Othman

Kelab Memasak
: Cik Zaleha binti Isa
: Cik Shamsiah binti Mamat

Kelab Kemahiran
:Cik Zuraida binti Ahmad
:Cik Yusmida binti Mohd.Yuznah

Kelab Boling
: Encik Zulkifli bin Ahmad
: Encik Ismail bin Dahaman

CARTA ORGANISASI

|

Maaf dalam proses...

UNIT BERUNIFORM

|

UNIT BERUNIFORM
Pengakap

1) Cik Nor Idawati bt. Ilyas
2)Cik Kamilah bt. Syed Sultan
3)Cik Nurul Izza bt. Rasedi

LAGU SEKOLAH

|

S.R.P.K JALAN HUTTON,
ITU SEKOLAH KAMI,
SABAR DAN USAHA,
LAMBANG SEKOLAH INI,
CACAT YANG TELAH DIMILIKI,
TETAP KAMI TEMPUHI,
TERUSKAN MELANGKAH,
TEKUN DAN BERUSAHA,
DEMI MENCAPAI CITA,
BELAJAR,MENGIRA,BERGAUL BERMESRA,
SETANDING INSAN SEMPURNA.


LAGU:COPYRIGHT
LIRIK:COPYRIGHT

DOA SEKOLAH

|

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala limpah kurnia nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah segala nikmat yang telah Engkau kurniakan itu sentiasa berpanjangan buat kami.Ya Allah, pada pagi yang mulia ini, kami memohon pada-Mu, Ya Allah, berkatilah hari-hari yang bakal kami lalui. Berikanlah hidayah-Mu kepada kami. Ya-Allah, kami amat mengharapkan pertolongan-Mu. Tenangkanlah hati dan fikiran kami agar kami dapat manfaat sepenuhnya daripada apa yang diajarkan oleh guru-guru kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharalah perjalanan kami, perjalanan guru-guru kami, datang dan pulang. Kurniakanlah taufik dah hidayah-Mu kepada guru-guru kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, muslimin dan muslimat yang masih hidup, mahupun yang telah meninggalkan kami.

LOGO SEKOLAH

|




Sek.Keb.Pend.Khas Jln.Hutton :Nama Sekolah.

Tetap Usaha :Pegangan motto sekolah.

Buku :Sumber ilmu pengetahuan.

Telinga :Identiti sekolah bermasalah pendengaran.

Biru :Lambang perpaduan dan warna negeri.

Kuning :Taat kepada raja, agama, dan negara.

Putih :Keluhuran budi dan jiwa.

Kota :Kecekalan dan semangat yang jitu.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

|

Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara.Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan menyediakan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran , berdikari , berhaluan , boleh merancang , mengurus kehidupan sendiri , boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

|

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Sejarah

|

Sekolah ini di tubuhkan pada tahun 1963.Pada tahun itu ,penerimaan kemasukan pelajar khas hanyalah 13 orang(bermasalah pendengaran) ke Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung dibawah program integrasi.

Menjelang tahun 1987, kelas khas percantuman daripada Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong telah dipilih bersama-sama enam buah sekolah lain daripada seluruh Malaysia telah dijadikan Sekolah yang mempunyai pentadbirannya sendiri.

Sekolah tersebut yang diwujudkan pada 16 Julai 1987 dinamakan sebagai Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Sri Tanjong.Pada tahun tersebut sekolah ini mempunyai seramai 51 pelajar dan mempunyai 6 buah kelas.

Pada tahun 1991,Nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Sri Tanjong telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Pendidikan Khas Jalan Hutton,Pulau Pinang selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya perkataan "Khas" diselaraskan kegunaannya dan perkataan "Cacat" digugurkan .Pada tahun tersebut Sekolah ini mempunyai seramai 50 pelajar dan bilangan kelas adalah sebanyak 6 buah.

Pada tahun 2004,dibawah pentadbiran Guru Besar(En.Shahar bin Saad) telah berlaku satu perubahan besar yang mana pada tahun tersebut Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran telah buka sebanyak 2 buah.Lebih kurang 11 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Hutching telah ditempatkan di sini.

Bermula pada tahun 2004,murid-murid Bermasalah Pendengaran,tidak lagi di tempatkan di Sekolah ini.Pada tahun 2010,Kelas Khas Bermasalah Pendengaran tidak lagi wujud buat selamanya.

Pada tahun 2010,Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton akan menjadi sebuah Sekolah yang mempunyai Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran secara total.

Perkara ini masih belum lagi ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas.Sebaranag perubahan status sekolah ini akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Waallah hu A'lam...

MUKADDIMAH

|


SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR

(Pn.Mariana binti Yusuf)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog sekolah ini.

Semoga laman blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

Search

MOTTO SEKOLAH

BERHASRAT MAJU BERSAMA

PAUTAN KPM

PAUTAN INFO

INFO PENGUNJUNG

 

©2009 SKPK Sungai Petani Merbok Kedah | Template Blue by TNB