Harap Maaf...Blog ini masih dalam pengemaskinian

FORMAT HARD DISK DAN INSTALL WIN XP

|

Format Hard Disk

1.Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to
boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula
membaca dari CD Windows XP.


2.Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a
third party SCSI or or RAID driver”.

Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda.
Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3.

(Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)




3.“Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.




4.Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.




5.Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya
sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC
kerana anda nak install Windows XP yang baru.

6.Sekiranya Hard Disk anda:
masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
7.Buat satu partition dengan menekan butang C.


8.Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.


9.Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan
dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data
tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.



10.Tekan butang C untuk setuju.


11.Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.


12.Tekan butang F untuk format Hard Disk.


13.Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install
Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan
sendirinya.





Install Windows XP

1.Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.


2.Masukkan nama anda dan klik butang Next.



3.Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.



4.Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.

5.Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.


6.Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.


7.Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda
membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak
dua kali.


8.Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan
komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

1.Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah
mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.

2.“Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.


3.Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali
Automatic Updates pada kemudian hari.


4.Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh
tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.


5.Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft.
Tekan butang Next.

6.Masukkan nama anda dan tekan butang Next.


7.Klik pada butang Finish.

8.Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula
menggunakannya.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM20 untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri

6 Pandangan Anda?:

skpksp said...

Assalamualaikum...hari ni..sy posting satu tajuk yg bermakna kepada antum semua....

FORMAT HDD & INSTALL WIN XP...

MARI BERKONGSI BERSAMA...

Anonymous said...

Salam..

Macam mana kita nak setkan supaya PC or Laptop kita boot pada CD masa start up dan satu lagi macam mana kita nak save drivers yang ada pada PC or Laptop apabila kita ingin membuat installation untuk kali ke-2

Anonymous said...

Salam...

Soalan ke 2

Berapa kapasiti minimum HDD dan RAM untuk kita manginstall OS Windows XP

skpkhutton said...

Salam...tq krn sudi melayari blog yg x seberapa ini...ok..sy akn post jawapan ini keblog...tq

skpkhutton said...

To:Anonymous

salam...cuba spesifik soalan berkenaan save drivers..anda merujuk kepada os Win 98 atau xp...yg mana satu persoalan anda?

1Malaysia Online 2014 said...

to:anonymous

Guna Driver Magician untuk save semua driver tuan sebelum membuat windows reformatting

Post a Comment

Search

MOTTO SEKOLAH

BERHASRAT MAJU BERSAMA

PAUTAN KPM

PAUTAN INFO

INFO PENGUNJUNG

 

©2009 SKPK Sungai Petani Merbok Kedah | Template Blue by TNB